SELAMAT DATANG AND WELCOME

Keluarga Puang Hjh. Bannya Bt Andi Berro


Sunday 15 July 2012

Senamrobik 1M1S1M

 Semua peserta berkumpul di Dataran Kejat SKSK untuk mengesahkan jumlah kehadiran murid pada program 1M1S1M pada 10.07.2012 yang lalu sebelum senamrobik bermula.
 Ucapan Guru Besar dan seterusnya melancarkan senamrobik 1M1S1M, yang pakai kuning tu le yang akan mengetuai aktiviti senamrobik tu.
 Ni le Guru-Guru SKSK yang sentiasa bersemangat dalam apa-apa jua aktiviti yang dijalankan di SK Seri Kelebang ni... kalau dema ni tak de... mungkin tutup sekolah ini... caya la....
 Senamrobik 1M1S1M sedang berlangsung, Semua Guru dan murid telah terlibat sama begitu juga dengan sambutan dari kalangan ibubapa murid-murid turut sama menjayakan senamrobik tersebut.
 Guru-Guru SK Seri Kelebang begitu bersemangat sekali bersenamrobik.. al Maklumlah dema ni dah lama tak buat senamrobik... biasanya berobik di rumah je.... macam-macam kerja kena buat... sekolah lagi, rumah lagi dan macam-macam lagi,... kesian dema ni... kalau ada anugerah khas tu, boleh bagi semua kat dema ni...
Ni le orang kuat SK Seri Kelebang yang telah memimpin senamrobik tersebut. kalau dia orang ni tak de... entah le.... tahniah cikgu..... ni le guru-guru yang paling top.... di Seri Kelebang... tapi sayangnya semua dah bertuan.....