SELAMAT DATANG AND WELCOME

Keluarga Puang Hjh. Bannya Bt Andi Berro


Monday 28 May 2012


 Hari Anugerah Cemerlang SPM 2011.Sekolah Menengah Raja Perempuan ( RPS ) telah diadakan pada tarikh 28hb. April 2012 yang lalu. Berbagai-bagai persembahan telah disediakan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Gambar di atas adalah tarian selamat datang oleh pelajar-pelajar RPS.

Aku dan isteri turut hadir untuk meraikan anak teman untuk menerima anugarah dimajlis tersebut.

Anak teman sedang menerima anugerah kecemerlangan SPM 2011 dimajlis tersebut. Anugerah tokoh kedua terbaik keseluruhan SPM 2011 di RPS. tahniah anakanda... teruskan usaha mu, perjalanan masih jauh lagi..

Kenangan pelajar-pelajar terbaik RPS bersama Pengetua dan YB Senator Dato' Azian di majlis anugerah kecemerlangan Sekolah Menengah Raja Perempuan 2012

Persembahan selingan dari pelajar-pelajar RPS sebelum mengakhir majlis tersebut


Majlis Augerah Cemerlang diakhiri dengan jamuan. terima kasih buat warga Sekolah Menengah Raja Perempuan di atas segala-galanya.

Sunday 20 May 2012

Konvoi amal ke Hot Spring Sg Kelah sempena hari keputeraan DYMM Sultan Perak.

Sempena hari keputeraan DYMM Sultan Perak. kita telah menyertai konvoi bermotor ke hot spring sg kelah. Konvoi amal bermula dari SMV Leboh Cator. Perjalan terus menuju ke Felda Sg kelah, sesampainya disana kami telah disambut oleh JK masjid felda sg kelah dan seterusnya ke aktiviti membersihkan perkuburan  dan kawasan sekolah agama rakyat di felda tesebut.
 
Setelah selesai gotong royong, sebelum meneruskan perjalan ke hot spring tu,... kami telah disediakan makan tengahari di warung ni... makan menu masakan kampung... best... memang tak jumpalah kat ipoh ni...
 Nilah keluarga aku,... perjalan menuju ke hot spring,... naik train dulu ba... nak jalan kaki takut tak larat nak jalan,... maklumlah baru lepas makan dan kekenyangan...
 Semua peserta konvoi naik train menuju ke hot spring.
 Ni le kolam air panas yang terbesar di lokasi hot spring ni... datan ke sg kelah ni semua boleh beremdan disini wei...
 Menyusuri kawasan-kawasan atau melalui punca air panas yang terdapat di kawasan hot spring ni, memang banyak sekali... kalau ditempat lain hanya satu dua jek... kat sini lebih 20 kot yang ada...
Kepada semua kenkawan yang tak pernah datang ke hot spring sg kelah ni.... selamat datang. kita bulan julai akan datang nak buat hari keluarga disini..

Pertandingan kawat kaki Daerah Kinta Utara.

Pertandingan kawat kaki Peringakat Daerah Kinta Utara telah diadakan pada tarikh 14hb Mac 2012 di Pusat latihan tentera udara Ipoh. Pertandingan diadakan serentak dengan peringkat SK, SM dan NGO. SK Seri Kelebang telah menghantar peserta ke pertandingan tersebut.
Wajah-wajah keriangan setelah selesai pertandingan tersebut. SK Seri Kelebang telah muncul Naib Johan pertandingan kawat kaki peringkat sekolah rendah Kinta Utara bagi tahun 2012.
SK Seri Kelebang juga telah menghantar peserta perempuan ke pertandingan kawat kaki tersebut. Pn. Hariati dan Cik Ummi bertungkus lumus untuk melatih bebudak ni.. tak kira panas ke hujan ke... latihan tetap diteruskan... boleh jadi calon APC.....  2012 ni ba... hehehehe.... aminnnn....
 Sempat juga aku abadikan gambar kenangan bersama-sama dengan sebahagian peserta kawat kaki ni, yang lain-lain entah gi man gamaknya,... ronda- ronda kata dema,... entah le deme...
Suasana riang dan sedih juga,... sebab cuma dapat tempat ke 3,... apa-apa pun tahniah kepada kome semua telah bertungkus lumus berlatih dan tahun depan cuba lagi.... perjalanan masih jauh lagi..