SELAMAT DATANG AND WELCOME

Keluarga Puang Hjh. Bannya Bt Andi Berro


Saturday 19 April 2014

Teratak kami

Ini le rupa teratak kami di Kg Merawan Indah, Pulai Jaya. sederhana dan cukup kami 
berteduh dari hujan dan panas.


Rumah orkid ini rekaan sendiri dan buat pun sendiri, lebih murah kosnya jika 
dibandingkan dengan harga kedai, nak beli tak mampu, jadinya buat le sendiri.
apa macam ? memang semacam ini tak de kat luar sana.


Pembinaan teratak kami mengambil masa lebih kurang 8 bulan lamanya.
kini dah hampir 2 tahun kami memdudukinya.  Allahyarham anak sulung ku 
Hafiz 20th dapat lah tinggal dirumah ini 10 hari sebelum Allah menjemputNya.
Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan berIman... amin.


Monday 14 April 2014

Memori

Gambar kenangan bersama Dato Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan II.


Gambar kenangan bersama Mantan Ketua Menteri Melaka Dato Ali Rustam


Friday 4 April 2014

Hari Anugerah Cemerlang SMK Gunung Rapat ( Sport School )

Hari Anugarah kecemerlangan SMK Gunung Rapat telah disempurnaka pada hari ini
Sabtu 5 / 4 / 2014.. SMK Gunung Rapat juga merupakan Sekolah Sukan Negeri Perak.


Anakanda Muhammad Ammar Fikri bersama-sama rakan sekelas semasa bersekolah di SMKGR
dan kini anakanda telah melanjutkan pelajaranya di Malay College Kuala Kangsar. Muhammad Aiman di MRSM Parit, Ahmad Quayum di STAR Ipon dan Firas masin di SMKGR Ipoh.


Majis Anugerah Cemerlang di adakan di Dewan Olimpik SMKGR.


Menerima Sijil dan Piala Kecemerlangan PMR Tahun 2013  semua A dan InsyAllah 2 tahun
lagi di MCKK. dan teruskan usaha untuk mencapai keperingkat yang lebih tinggi.


Tahniah Muhammad Ammar Fikri... dan teruskan usaha boleh ikut jejak kakak di UPM.


Ganbar bersama Keluarga. Kiranya Abang sulung Muhammad Hafizuddin masih ada, tentunya abang
menumpang gembira atas kejayaan Ammar. Moga Roh abang sentiasa dicucuri rahmat... Al fatihah.


Memori bersama bonda kesayangan dan nenda setra adik aqilah.


Teruskan perjuangan yang lebih mencabar dan terus berusaha di Malay College Kuala Kangsar.
You can do it.... Gambate Kudasai Ammar san... 9A pasti dalam gengaman.