SELAMAT DATANG AND WELCOME

Keluarga Puang Hjh. Bannya Bt Andi Berro


Saturday 28 June 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013.


Majlis Anugerah Cemerlang telah diadakan di SMK Bandar Baru Putra pada
24/06/2014 yang lalu.


Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Besar SMK BBP bagi Daerah Kinta Utara.


Seramai 6 orang guru dari SK Seri Kelebang telah menerima APC tahun 2013 
termasuklah  aku sendiri. 


Tahniah buat kome semua dan teruskan usaha anda 


Alhamdullilah ..... Rezeki tahun ni  amen....


Penerima APC - Pn. Siti Eshah, Pn. Rohana, En. Masnawi, En. Embok, 
Pn. Nihayatul Husna dan Pn. Hamidah.


Alhamdullilah ... masuk ni teman dah kali ke 4 menerima APC  th 94, 04, 07 dan 13. 
di tiga buah sekolah teman bertugas.


Kenangan bersama Tn Hj Mohd Fuad Timbalan  PPD Kinta Utara.


Sambutan Hari Guru Dun Manjoi.

Majlis sambutan hari guru bersama-sama ADUN Manjoi Tn Hj Mohamad Ziad
telah diadakan di Casurina Hotel Jelapang.


Tuan Pegawai PPD Kinta Utara sedang menyampaikan amat dimajlis tersebut.


Upecara memotong kek bersama YB Hj Muhammad Ziad.


Sambutan ni khusus diadakan bagi meraikan Pengetua dan Guru Besar
bagi DUN Manjoi.



Penyampaian cenderahati oleh YB kat aku le...

Sarana ibubapa dan guru.

Acara tarik tali diantara ibubapa dan guru-guru sksk. sempena kejohanan
balapan dan padang sksk kali ke 17. Acara tarik tali ini juga adalah sebahagaian
daripada aktiviti sarana sekolah.


Nah ni dia pasukan guru-guru sksk dengan strategi  power boom... boom..


Tu dia pasukan ibubapa ........ lihatlah.....hebat,,,,,


sedia...... 


tarik..... tarik....tahan..... tarik.... tarik.....


Dengan kerjasama kami guru-guru sksk bersatupadu dan tenaga.... akhirnya
pasukan guru-guru sksk telah memenangi acara tarik tali tersebut
dan membawa pulang hadiah RM100.

Kejohanan Balapan dan Padang ke 17 sksk 2014.

Tanggal tarikh 22 / 6 / 2014 SK Seri Kelebang sekali lagi melaksanakan
program tahunan sekolah iaitu kejohanan balapan dan padang kali ke 17 tahun ini. Rasanya
 kejohanan tahun ini adalah yang paling meriah sekali dengan kehadiran ibubapa begitu
ramai sekali jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu.





















Sunday 8 June 2014

Hospital Batu Gajah.

Hospital Batu Gajah khasnya di wad 2 masih mengekalkan senibina yang
lampau dan masih kukuh dan digunakan sehingga kini. Wad 2 ini khabarnya dahulu
adalah wad diraja. Senibinanya semua berasaskan daripada kayu.








Sunday 18 May 2014

Aktiviti Sana Sini di bulan April Dan Mei.

Memori suka duka di bulan April dan Mei sksk.


Taklimat penambahbaikan Pentaksiran berasaskan Sekolah 
kepada semua guru sksk. 


Sukantara Tahap 2 sksk bagi acara lontar peluru, 200 m, lompat tinggi dan lompat jauh.


Kejadian ribut di sksk telah menumbangkan  pokok yang telah di taman 
16 tahun yang lalu...


Pemantuan guru oleh pentadbir di bilik darjah.


Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada murid-murid yang
telah menyertai pertandingan pantun peringkat kelompok dimana sksk telah 
menduduki tempat pertama dan seterunya akan ke peringkat dareah kinta utara.


Program motivasi murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan
UPSR pada tahun 2014 bagi memastikan anak-anak terus cemerlang.


Guru KAU adalah segala-galanya dan macam-macam ada...
Pendidik, pengasuh, tukang cuci, pemandu ambulan, pengadil, penyiasat,
hakim, doktor, motivator, tukang kayu, jurulatih sukan,  penyanyi,
detektif, tok imam, pengawal keselamatan, akauntan, pelukis seni,
pelawak, jururawat dan apa-apa lagi entah.... tulah GURU.


Taklimat kepada semua pengawas sksk oleh guru pengawas dan disiplin.


Majlis perasmian Bulan Bahasa Inggeris peringkat sksk.


Pk Hal Ehwal Murid, Pk Kokurikulum dan Guru-guru pelatih dari 
IPG Ipoh. hari ni merupakan hari terakhir menjalani latihan mengajar
di sksk selama 3 bulan.  Terima kasih 4 U all.


Milo o milo.... bagi murid tahap 1.


Jamuan Hi Tea sempena sambutan hari guru di Hotel Regency Tower Ipoh.


Malang tidak berbau, walau pun langkah-langkah keselamatan telah dilaksanakan
tetap berlaku juga atas TakdirNya. murid tahun 6 telah patah tangan semasa
melakukan lompat tinggi di sukantara sksk. 
Penerangan dari Dr. di Hospital Perempuan Raja Bainun kepada ibu wawa
sebelum pembedahan dilakukan. Cikgu Zuraiti and Cikgu Husna .... TQ. 4 U
sebab jadi Jururawat dan Pemandu Ambulan ke hospital.


Latihan bola jaring murid-murid PRA sekolah sebelum menyertai pertandingan
kanival sukan PRA Sekolah kelompok 5 kinta utara. Anda hebat sbb
dapat melatih murid_murid  PRA.... bukan senang oiiiii,,,,,,,,,,,,,,,,