SELAMAT DATANG AND WELCOME

Keluarga Puang Hjh. Bannya Bt Andi Berro


Thursday 29 August 2013

Hari raya Idul Fitri.

Suasana hari raya di rumah Keluarga di Benut Johor. Selepas menunaikan solat
Idul Fitri, Majlis marhaban dari rumah ke rumah.









Makanan Tradisi Orang Bugis di Hari Raya.

Proses membuat BURASAK.


Bahan yang digunakan untuk membuat burasak tu daripada nasi lemak tetapi ianya
dimasak tiga suku masak dan selepas itu dibungkus dengan daun pisang. Daun
pisang yang digunakan adalah bahagian pucuk yang belum kembang dan dari
jenis pokok pisang nipah / abu.


Nasi lemak tadi tu dibungkus semacam lepat tetapi bentuknya lebar dan selepas itu 
dilurut supaya ianya rata keseluruhannya.


Setelah selesai dibungkus semacam lepat, lepas itu disusun sebanyak 6 atau 7 keping
dan selepas itu dibungkus sekali lagi keseluruhannya.


Proses membungkus, daun-daun yang lebih hendaklah dipotong supaya nampak kemas.


Burasak yang telah siap dibungkus tadi diikat supaya tidak terbuka dan menggelakkan
air masuk kedalam semasa direbus nanti.


Ini pula LEPAT LUI namanya, prosesnya adalah sama dengan burasak cuma bezanya
adalah bahan yang digunakan. bahan tersebut adalah pulut. Pulut juga dimasak tiga suku masak
dan dicampurkan dengan santan.


Bentuk Lepat lui ini berbentuk segitiga. Ianya dibentuk dengan menggunakan acuan. 
semasa membentuk kesegi tiga, pulut mesti dimampatkan supaya tahan lama apabila siap direbus.


Proses memasak atau merebus Burasak dan Lepat Lui ini mengambil masa lebih kurang 4 jam.

Friday 16 August 2013

Khatam Al-Quran SKSK.

Majlis penutupan Ihya Ramadan diakhiri dengan Khatam Al- Quran oleh Guru-guru
Sk Seri Kelebang. Khatam Al-Quran tersebut telah dilaksanakan pada
tarikh 02. 08. 2013. Tahniah kepada semua warga sksk. 












Thursday 1 August 2013

Selamat Hari Raya.

Kita mengucapkan selamat menyambut hari raya mohon keampunan dan
kemaafan andaikata kita terkasar bahasa tersilap kata dan 
apa-apa juga yang mungkin rakan-rakan terasa hati.... maafkan kita...







Majlis penyampaian sumbangan kepada murid miskin dan anak yatim SKSK.

Penyampaian sumbang  berupa wang tunai dan barangan makanan sempena 
kehadiran hari raya yang tidak lama lagi kepada murid-murid miskin dan
 anak yatim SKSK. Majlis penyampaian ini dijalankan pada tarikh 01/08/2013.
Jumlah kutipan yang diterima dari murid-murid, ibubapa, guru-guru dan kakitangan
sebanyak RM 8100.00.  Terima Kasih daun keladi kepada semua yang
telah menghulurkan derma dan sumbangan. Semoga dibulan puasa yang mulia dan
penuh keberkatan ini anda Insyallah diberi ganjaran dari Allah SW.


Guru Besar sedang berucap sempena penyampaian sumbangan
 kepada murid miskin dan anak yatim.


Pengerusi majlis selaku ketua Panitia Agama sedang menyampaikan ucapan dimajlis tersebut 


Pn. Ummi mewakili murid-murid PRA sedang menerima sumbangan daripada Guru Besar.

Barisan guru-guru SK Seri Kelebang.


Penolong Kanan Pentadbiran telah menyempurnakan penyampaian sumbangan
berupa barangan kepada salah seorang penerima bantuan tersebut.


eh...eh..... posing pulak..... che kak ni.....


amboi.........  amboi.....


ni le cikgi.....cikgi   SK Seri Kelebang..... 



Pn. Zuraiti mewakili kelas Tahun 6 marikh sedang menerima sumbangan dari
Guru Besar.... 


Inilah wajah-wajah guru SKSK... sentiasa ceria..... 


Ada apa-apa berita sensasi...... ke.....


Guru Besar sedang menyampaikan sumbangan kepada murid miskin Tahun 6.
Sumbangan khas dari Pentadbir SKSK.

Mesyuarat Kurikulum, HEM dan Kokurikulum

Mesyuarat Induk Kurikulum, HEM dan KOKO kali ke 3
telah dilaksanakan dengan jayanya pada 31/07/2013 dan 01/08/2013
di Bilik Seri Mutiara SK Seri Kelebang.
Ucapan Terima Kasih dan Tahniah kepada semua warga
kerja SKSK di atas kerjasama yang telah diberi.


Guru Besar En. Ismail B. Mohd Sam mempengerusikan  mesyuarat
Induk Koku, Hem dan koko kali ke 3 bagi sesi 2013. 


Sebahagian guru-guru SKSK sedang mendengar amanat daripada
Guru besar.


Suasana tenang dan damai semasa mesyuarat sedang dijalankan.


Dengar.... jangan tak dengar..... yeop.... yong.....


Terima kasih semua guru-guru SKSK kerana telah melaksanakan
amanah dan tanggungjawab yang diberi.