SELAMAT DATANG AND WELCOME

Keluarga Puang Hjh. Bannya Bt Andi Berro


Sunday 23 June 2013

Karnival merah kuning hijau 1 Malaysia PRA Sekolah

Karnival merah kuning hijau 1 Malaysia PRA Sekolah telah diadakan pada 
23hb. Jun 2013 di Taman Dr. Ipoh.
 Penyertaan sekolah sebanyak 60 buah Daerah Kinta Utara


Penyertaan dari SK Seri Kelebang dalam acara Chef Cilik.... Pn Aznen dan anak tersayang.


Sekolah Kebangsaan Seri Kelebang telah dilantik sebagai Ahli jawatankuasa makanan.
Menguruskan makanan untuk semua peserta karnival. Tahniah kepada semua guru-guru yang terlibat.

Sabar menanti...... pasai makanan tengahari tak mai lagi...... acara dah nak tamat... 
pakat tak makan le............ ye le.. orang lain order sksk cuma mengagihkannya saje...


Orang kuat SK Seri Kelebang... kalau deme ......  ni tak ade... 
pakat tak makan le komee..........





Seminar Integriti Warga pendidik Kinta Utara.


Seminar Integriti Warga Pendidik ke 6 Kinta utara telah diadakan di SMK Jelapang Jaya
pada 22hb. Jun 2013. Semua guru-guru SK Seri Kelebang telah terlibat sama. 
Seminar bermula jam 8:15 pagi hingga jam 12.30 tengahari.


Guru berintegriti sedang beratur untuk mendapatkan makanan selepas sesi pertama tamat.


 Amboi-amboi......... cik kak kita.... niiii...
dapat makanan tak toleh kiri kanan dah.... maklumlah perut telah berirama keroncong...


cikgu-cikgu.... dah dengar ceramah.... nak tolong isi borang .....
lepas ni boleh pergi... melancung..... eek...

Monday 3 June 2013

Memori Mac 2013 SK Seri kelebang.


 Penyampaian derma khairat kematian kepada ibu murid Sk Seri Kelabang dimana bapa kepada murid tersebut telah kembali ke rahmatullah. Penyampaian derma telah disampaikan oleh Guru Besar dan Pengerusi kelab Guru dan Kakitangan Sk Seri Kelebang,


Pelancaran bulan sains dan matematik oleh Guru Besar dan Panitia sains dan matematik. Guru Besar menanam pokok herba sebagai gimik pelancaran tersebut.


Pertandingan berbalas pantun peringkat Kelompok 5di Sk Tasek Damai .Sk Seri Kelebang telah menghantar peserta seramai  5 orang peserta ke pertandingan tersebut. Sk Seri kelebang telah muncul menjadi juara dan akan mewakili kelompok ke peringkat Kinta Utara.


Kanival Anti Dadah peringkat Kinta utara di Maidin Meru Raya.


Mari....mari.... makan..... makan..... jangan tak makan....weh.......


Pasukan Bola Sepak Sk Seri Kelebang telah mewakili sekolah ke Pertanding bola sepak peringkat zon A


Sk Seri kelebang telah muncul menjadi Juara Zon A dan akan ke Pelawanan peringkat 
Kinta Utara.