SELAMAT DATANG AND WELCOME

Keluarga Puang Hjh. Bannya Bt Andi Berro


Sunday 15 December 2013

Kota Bharu Kelantan

Majlis Perkahwinan di Kg Budi, Kota Bharu Kelantan pada 07/12/13. 
 Anak kepada Dato Othman iaitu Laftenen Muda (Udara) Mohd Afiq Fikri.







Sunday 10 November 2013

Jamuan Akhir Tahun Murid Tahun 6 SKSK

Jamuan akhir murid tahun 6 telah diadakan di hotel exclesior
 pada tarikh 7/11/2013.












Sunday 3 November 2013

Majlis Persaraan.

Majlis persaraan Tn Hj Hairuddin telah diadakan pada hari jumaat 1/11/2013.  












Lawatan ke Medan Indonesia.

Medan
Tanggal 26/10/2013 hingga 29/10/2013 kami seramai 6 orang dari SK Seri Kelebang
telah mengikuti lawatan ke Medan bersama dengan Persatuan Kontrektor Melayu Negeri Perak.

Lawatan kami disertai oleh seramai 72 orang semuanya. Kami telah menaiki pesawat
fire fly dari lapangan terbang Pulau Pinang ke lapangan Terbang Banda Kuala Namu Indonesia.
Penerbangan mengambil masa lebih kurang 55 minit.

Dalam perjalanan menuju ke Parapat singgah makan tengahari di restoran simpang tiga.

Gambar kenangan di restoran simpang tiga serdang Indonesia

Pemandangan Danau Toba dari hotel penginapan di cottage hotel. Perjalanan dari Lapangan terbang 
Kuala Namu menuju ke Danau Toba mengambil masa selama 7 jam dengan bas.

Gambar kenangan di tempat penginapan kami di Cottage hotel sebelum berangkat  ke
pulau simosir danau toba.

Perjalanan menuju ke Pulau Simosir mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan bot. 
Di Pulau Simosir kami melawat makan Raja Batak yang pertama dan shopping macam-macam.

Lawatan ke bekas Istana Maimon Medan.

Singgah bersolat di Mesjid Agong Sumatra Utara Indonesia.

Suasana pemandangan di Kota m
Medan Indonesia.

Setelah berada di medan selama 4 hari dan tanggal 29/10/2013 kami lantas
berangkat pulang ke Malaysia

Sementara menunggu penerbangan balik ke Malaysia pekena kopi duluan di restoran
Lapangan terbang Kuala Namu.

Monday 30 September 2013

sana sini....

memori

Program bulan kemerdekaan di SK Seri Kelebang


Ibu-ibu SK Seri Kelebang


Kejohanan Balapan dan Padang murid tahap 1


Lawatan Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara ke SK Seri Kelebang
untuk menyampaikan amanat kepada murid-murid Th 6 yang akan
menghadapi peperiksaan UPSR 2013.


Kenangan bersama pelatih-pelatih IPG Ulu Kinta yang telah menamatkan
Latihan mengajar selama 2 bulan. Terima kasih kepada semua adik-adik
guru pelatih moga semua sentiasa cemerlang.



SK Seri Kelebang telah menghantar dan menyertai pertandingan Bola jaring
di kejiranan kelebang selatan yang telah dianjurkan oleh MILO. Pasukan sekolah
telah mendapat tempat ketiga. Tahniah atas kemenangan anak-anak SKSK.


AJK makanan sedang menyediakan bungkusan makanan untuk anak-anak
semasa kejohanan Balapan dan padang bagi murid tahap 1.


Penyampaian hadiah kepada para pemenang di kejohanan Balapan dan Padang
bagi murid-murid tahap 1.


Mak Lebah sedang bekerja keras menyiapkan kelengkapan anak-anak lebah
yang menjadi maskot rumah kuning..


Menyiapkan maskot bertema bunga matahari bagi pasukan rumah kuning 
di kejohanan Balapan dan Padang kali ke 16.


Johan perbarisan bagi rumah-rumah sukan... Rumah Kuning,..Tahniah kepada semua 
rumah-rumah sukan yang telah bersusah payah untuk menyediakan rumah sukan
masing-masing, yang tidak berjaya .. Tahun depan ada lagi bah.....


Gambar kenangan guru-guru SK Seri Kelebang setelah selesainya Kejohanan
Balapan dan Padang kali ke 16... Jumpa lagi di kejohanan tahun 2014.