Proses membuat BURASAK.
Bahan yang digunakan untuk membuat burasak tu daripada nasi lemak tetapi ianya
dimasak tiga suku masak dan selepas itu dibungkus dengan daun pisang. Daun
pisang yang digunakan adalah bahagian pucuk yang belum kembang dan dari
jenis pokok pisang nipah / abu.
Nasi lemak tadi tu dibungkus semacam lepat tetapi bentuknya lebar dan selepas itu
dilurut supaya ianya rata keseluruhannya.
Setelah selesai dibungkus semacam lepat, lepas itu disusun sebanyak 6 atau 7 keping
dan selepas itu dibungkus sekali lagi keseluruhannya.
Proses membungkus, daun-daun yang lebih hendaklah dipotong supaya nampak kemas.
Burasak yang telah siap dibungkus tadi diikat supaya tidak terbuka dan menggelakkan
air masuk kedalam semasa direbus nanti.
Ini pula LEPAT LUI namanya, prosesnya adalah sama dengan burasak cuma bezanya
adalah bahan yang digunakan. bahan tersebut adalah pulut. Pulut juga dimasak tiga suku masak
dan dicampurkan dengan santan.
Bentuk Lepat lui ini berbentuk segitiga. Ianya dibentuk dengan menggunakan acuan.
semasa membentuk kesegi tiga, pulut mesti dimampatkan supaya tahan lama apabila siap direbus.
Proses memasak atau merebus Burasak dan Lepat Lui ini mengambil masa lebih kurang 4 jam.
No comments:
Post a Comment