SELAMAT DATANG AND WELCOME

Keluarga Puang Hjh. Bannya Bt Andi Berro


Wednesday, 18 April 2012

Minggu Anti Dadah

 Minggu Anti Dadah peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 12.04.2012 di dewan terbuka sksk. Ceramah dan Pameran anti dadah telah disempurnakan oleh Pejabat Anti Dadah Daerah Kinta utara.


Kesemua murid tahap 1 dan tahap 2 adalah terlibat. Ceramah diselang- selikan dengan kuiz anti dadah. Minggu anti dadah dan pameran ini adalah diantara aktiviti unit hem yang mana telah dirancang sepanjang tahun 2012.

Wednesday, 4 April 2012

Pengantarabangsaan sekolah.

Menyambut tetamu dari Sekolah Perguruan As Syafia'iah Internasional Medan Indonesia dalam program pengantarabangsaan sekolah diantara Sk Seri Kelebang dan SPASI Medan Indonesia. Program ini adalah usaha PIBG  dalam mereliasasikan Program Pengantarabangsaan Sekolah.

 Taklimat disampaikan oleh Guru Besar SK Seri Kelebang dan taklimat balas oleh Bapak Kepala Sekolah Perguruan As Syafia'iah Internasional Medan.

 Rombongan dari Medan ini terdiri dari 11 orang tenaga pengajar dan muridnya seorang dari kelas sekolah dasar (SD)dan seramai 12 orang dari murid sekolah menengah atas. (SMA).

 Persembahan selamat datang,... tarian zapin dari murid-murid tahun tiga sk seri kelebang telah dipersembahkan kepada tetamu rombongan dari Medan.

 Persembahan dari Sekolah Perguruan As Syafia'iah Internasional Medan telah dipersembahkan kepada warga Sk Seri Kelebang. Tarian apa itu.... gue enggak tau dong... sorry ya..

 Guru Besar telah menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Pengurusan Sekolah Perguruan As Syafia'iah Medan.

Setelah selesai lawatan dan kami bergambar bersama-sama untuk dimemorikan bersama dalam program pengantarabangsaan sekolah. Terima kasih kepada Dato' Wira dan YPD PIBG Sk Seri Kelebang di atas usaha tuan-tuan sehingga selesainya majlis tersebut.

Anugerah Cemerlang dan perasmian Dewan Terbuka 2011

Pentas utama Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan di Dewan Terbuka Sk Seri Kelebang. Dewan terbuka ini adalah salah satu projel mega PIBG yang mana kos pembinaannya sebanyak    RM 300k. dan baru sahaja disiapkan lebih kurang sebulan sebelum acara penyampaian anugerah.

Kehadiran ibubapa sangat menggalakkan dimana dianggarkan lebih kurang 1000 orang telah menghadiri majlis tersebut.
Persembahan daripada murid-murid tahun 3  di majlis tersebut. Tahniah kepada anak-anak yang telah menyampaikan persembahan yang begitu cemerlang.

Tetamu kehormat SK Seri Kelebang iaitu YB Dato' Seri Ahmad Husni Muhamad Hanazlah Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Tambun. Disebelah YB Dato' tu ... Dato' Nazri Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manjoi.

Barisan tetamu Sk Seri Kelebang,... yang belah kiri tu, Tn Hj. Mohamad Isa YDP PIBG, Guru Besar En. Ismail Mohd Sam, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara Tn Hj MarAzlen, YB Dato' Seri Ahmad Husni, yang pakai baju biru tu le ... Tok ketua kampong dan yang hujung sekali tu le mantan Guru Besar Sksk .... udah pencen pun..
YB Dato' Seri menandatangani plak perasmian dewan terbuka sksk dengan disaksikan oleh tetamu kehoramat dan hadirin semua. Hari ni dengan rasminya dewan sksk diberi nama "Dewan Terbuka Dato' Seri Ahmad Husni."


Persembahan nasyid oleh kumpulan Rabbana sksk. Tahniah kumpulan Rabbana kerana telah menyampaikan persembahan dengan begitu mantap dan baik sekali dan tidak lupa juga terima kasih kepada guru yang membimbing Ust. Masnawi.



 YB Dato' Nazri sedang menyampaikan Anugerah kepada murid-murid yang cemerlang pencapaian UPSR 2010. Peneriama menerima wang tunai RM 100.00, sijil dan piala iringan.

 Yang Dipertua PIBG menyampaiakan anugerah cemerlang murid Tahun 6. Yang ni anak Tn Hj sendiri dan juga merupakan salah seorang murid yang aktif sepanjang tahun ni.
 Mantan Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Fadilah Zakaria sedang menyampaikan anugerah cemerlang mengikut kategori kelas.

 Persembahan dari murid-murid Tahun 6 itu drama dalam Bahasa Inggeris telah menyampaikan persembahannya begitu baik sekali dan terima kasih kepada guru-guru pembimbing telah betungkus lumus menyedian pelakon-pelakon dan krew-krewnya.

 Setelah selesainya majlis, kini tiba masanya untuk jamuan makan VVIP dan tetamu seterunya semua ibubapa di kantin sekolah.
 Yang ni Tn Guru Besar sedang menyampaiakan anugerah cemerlang kepada murid-murid tahun 6, sempat dia possing depan lensa.. setahun sekali tak pe ek... bila lagi.

Setelah selosai semua eh... dah ponek buek kojo...apo lai,.. possing lah pulak kami, semua sedondon awak je yang lain,... hehehe...  Awak dari unit kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru dan kalitangan sksk yang telah sama-sama menjayakan majlis tersebut.






Tuesday, 3 April 2012

UPSR 2011.

Pencapaian UPSR tahun 2011 bagi Sk Seri Kelebang amat membanggakan semua guru-guru  dan warga sk seri kelebang. Seramai 21 orang murid telah mendapat keputusan 5A. Gambar kenangan bersama-sama dengan Pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak, YDP PIBG, Ibubapa dan juga warga sk seri kelebang.
Gembira,....seronok dan macam-macam ada,... ni adalah diantara wajah-wajah yang mendapat pencapaian 5A bagi tahun 2011. Tahniah kepada semua yang sentiasa berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya akhirnya... jangan lupa ya... perjalanan masih jauh lagi...
Murid cemerlang Guru bestari Sekolah gemilang,...   Terima kasih Guru,... tanpa mu guru apalah ertinya sebuah kejayaan.  ni adalah suasana semasa menyampaian keputusan UPSR oleh guru kelas. Tahniah...... Pn Rosmawati guru kelas 6 Pluto dan semua guru-guru sk seri kelebang.

Kepada anak-anak yang kurang A nya,... usah putus asa, PMR tetap menanti hingga saat ketikanya,
Usaha dan terus usaha lagi....

Monday, 2 April 2012

Bukit Merah Laketown

Masa cuti sekolah yang lalu tu... pergi le mandi-mandi di bukit merah laketown. seronok tengok gelagat anak-anak mandi... semacam tak pernah jumpa air, maklumlah dah lama tak bawa dia orang gi mandi-mandi...yang paling last sekali bawa dia orang ke Tiara Beach Resort Port. Dikson.

Ni keluarga aku tengah seronok main air... berjam-jam dia orang mandi, selagi tak disuruh naik selagi tulah dia orang mandi.. bila suruh naik je,...kejap kejap kejap lagi...

 Gambar ini dia orang baru lepas main gelongor tu... awak naik juga, semacam mabuk dibuatnya, maklum le... dulu-dulu tu mana ada benda ni, itu pun kena paksa dek anak-anak ni... naik le juga seronok juga hehehe..

 Ni anak awak no 2 dan no 3,.. mula-mula takut nak naik. lama kelamaan naik juga akhirnya, pas tu apa lagi tak nak berhenti dibuatnya... seronok dema katanya.

Setelah dah puas mandi-mandi, sebelum pulang ke Ipoh sempat juga le tangkap gambar dihadapan pintu masuk Laketown water world. Kalau ada masa kami semua nak gi lagi... seronokkkkkkk....