SELAMAT DATANG AND WELCOME

Keluarga Puang Hjh. Bannya Bt Andi Berro


Wednesday 4 April 2012

Anugerah Cemerlang dan perasmian Dewan Terbuka 2011

Pentas utama Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan di Dewan Terbuka Sk Seri Kelebang. Dewan terbuka ini adalah salah satu projel mega PIBG yang mana kos pembinaannya sebanyak    RM 300k. dan baru sahaja disiapkan lebih kurang sebulan sebelum acara penyampaian anugerah.

Kehadiran ibubapa sangat menggalakkan dimana dianggarkan lebih kurang 1000 orang telah menghadiri majlis tersebut.
Persembahan daripada murid-murid tahun 3  di majlis tersebut. Tahniah kepada anak-anak yang telah menyampaikan persembahan yang begitu cemerlang.

Tetamu kehormat SK Seri Kelebang iaitu YB Dato' Seri Ahmad Husni Muhamad Hanazlah Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Tambun. Disebelah YB Dato' tu ... Dato' Nazri Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manjoi.

Barisan tetamu Sk Seri Kelebang,... yang belah kiri tu, Tn Hj. Mohamad Isa YDP PIBG, Guru Besar En. Ismail Mohd Sam, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara Tn Hj MarAzlen, YB Dato' Seri Ahmad Husni, yang pakai baju biru tu le ... Tok ketua kampong dan yang hujung sekali tu le mantan Guru Besar Sksk .... udah pencen pun..
YB Dato' Seri menandatangani plak perasmian dewan terbuka sksk dengan disaksikan oleh tetamu kehoramat dan hadirin semua. Hari ni dengan rasminya dewan sksk diberi nama "Dewan Terbuka Dato' Seri Ahmad Husni."


Persembahan nasyid oleh kumpulan Rabbana sksk. Tahniah kumpulan Rabbana kerana telah menyampaikan persembahan dengan begitu mantap dan baik sekali dan tidak lupa juga terima kasih kepada guru yang membimbing Ust. Masnawi.



 YB Dato' Nazri sedang menyampaikan Anugerah kepada murid-murid yang cemerlang pencapaian UPSR 2010. Peneriama menerima wang tunai RM 100.00, sijil dan piala iringan.

 Yang Dipertua PIBG menyampaiakan anugerah cemerlang murid Tahun 6. Yang ni anak Tn Hj sendiri dan juga merupakan salah seorang murid yang aktif sepanjang tahun ni.
 Mantan Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Fadilah Zakaria sedang menyampaikan anugerah cemerlang mengikut kategori kelas.

 Persembahan dari murid-murid Tahun 6 itu drama dalam Bahasa Inggeris telah menyampaikan persembahannya begitu baik sekali dan terima kasih kepada guru-guru pembimbing telah betungkus lumus menyedian pelakon-pelakon dan krew-krewnya.

 Setelah selesainya majlis, kini tiba masanya untuk jamuan makan VVIP dan tetamu seterunya semua ibubapa di kantin sekolah.
 Yang ni Tn Guru Besar sedang menyampaiakan anugerah cemerlang kepada murid-murid tahun 6, sempat dia possing depan lensa.. setahun sekali tak pe ek... bila lagi.

Setelah selosai semua eh... dah ponek buek kojo...apo lai,.. possing lah pulak kami, semua sedondon awak je yang lain,... hehehe...  Awak dari unit kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru dan kalitangan sksk yang telah sama-sama menjayakan majlis tersebut.






No comments:

Post a Comment